Rabu, 20 Mac 2013

Lagu Harapan Bangsa Nyayian Jaclyn Victor Cetus Kontroversi Menyentuh Soal Agama

Lagu Harapan Bangsa - Jaclyn Victor telah mencetuskan Kontroversi dimana ianya telah Menyentuh Soal Agama.


Jaclyn Victor
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) semalam dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama.

Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.
Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu “Harapan Bangsa” bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.
“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?”

“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan